Tuesday, November 19, 2013

Tips Penjagaan Kura Kura

Hari ini saya ingin kongsikan tentang penjagaan kura kura.. Mungkin pada yang masih baru membela kura kura ni pasti akan ada masalah dengan nya kan?



Okey, mula mula kena pastikan dulu kura kura tu jenis dia apa.. Kalau kat kepala dia tu berwarna merah, ianya jenis red ear slider.. Spesies ni spesies kura kura air.. Senang je nk tentukan jantina diorang ni.. First sekali, tengok ekor dia.. Kura-kura jantan lagi panjang dan tebal ekornya berbanding kura-kura betina.. Kura-kura jantan mengeluarkaan bunyi garau manakala kura-kura betina menghasilkan bunyi berdesir.. Kebiasaannya, saiz jantan lebih besar dari betina.. 

Okey, lepas tu, kena lah tau macam mana plak nak jaga? hmm, senang je..
Mari tengok!!

1) Sediakan ruang yang selesa kepada kura-kura dengan sedikit air dan batu kecil/pasir. Sebab kura-kura ni suka berjemur.

2) Mencuci air kura-kura sekurang-kurangnya 2 hari sekali. 

3) Luangkan 1 kali seminggu dengan mengosok2 lembut cengkerang kura-kura.(kadang2 aku guna berus gigi lama je gosok cengkerang dia sebab kadang2 cengkerang dia tu mcm berlumut je)

4) Selalu jemur diorang ni bawah cahaya matahari or kalau orang jemur bawah lampu khas diorang pun dikira okey je

5) Bagi makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Makanan kura kura ni boleh didapati di kedai2 ikan or kedai haiwan yang berdekatan.

Jenis jenis makanan yang boleh diberi pada kura kura
1) Sayur.. cth kubis, kangkung, lobak
2) Buah.. cth papaya, epal, mangga ( yg lembut2 tu blh lh bgi)
3) Pelet.. makanan dia ni baik utk kura kura.. kira mcm makanan tmbhn lh.. 

Okey! Sampai sini jelah tips2 saya.. Semoga berjaya! :)




No comments:

Post a Comment