Tuesday, November 19, 2013

Tanda Tanda Sakit Pada Badan

 Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

Maksud Tersembunyi Daripada Tanda-tanda Sakit Di Badan
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

FakTa CinTa..

#FaKta..
benci dihati bukan bermakna benci dihti
kadang kita cakap benci namun hati masih sayang

Perempuan akan menagis bila hati mereka disakiti,
kerana itu adalah sifat semulajaid kam hawa

Dahulu Besi ,
SEkarang parang ,
Dahulu benci
sekaran sayang

Sye beljar lupakan org yg lpakn sy
sy belajar maafkan org yg maafkan sye
Tapi sy tak mampu tesenyum
disaat og yg sayang sy syg menyayangi org laen

Mulut boleh senyum,,
hati tetap bersedih,,
Org tengo kita happy,,
Tapi haikatnye hati kita yg mengis..

Sye harap awk teus bersama sye selamanya..
Kedatangan awk penuh dengan berat..

jangan cakap awk happy bila sedih ..
jangan ckap awk oky bila sakit ..
jangan cakap awk berani bila takut ..And ..
Jangan cakap awk keseorgan selagi sye masih hidup ..

Sekuat manapun seseorg itu,
pasti ade sesuatu perkara ,
yang membuatan nyer mengaliran air mata ..

Semakin kita sayng kt seseorg tuw..
semakin diamenguji kita dengan dugaan..
Untu melihat sejauh mna tahap kesabaran kite..

Kasih sayng umpama secwan tea tarik..
Jika tiada susu,air dan gula..
tidaklah ia menjadi secawan tea,,
Samalah juga kasih sayang memerlukan ..
Masa,perhatian..,tolak ansur dan pengorbanan..

Percayalah 

tiba masanya nanti akan muncul org yg istimewa..
yang betol betol sayangkan kita..
jadi  kita kena sabar ..
TAK rugi tunggu org yang ISTIMEWA ituy..

 TaMaT.. :)

Semoga berjaya memikat hati si dia..
























Tips Penjagaan Kura Kura

Hari ini saya ingin kongsikan tentang penjagaan kura kura.. Mungkin pada yang masih baru membela kura kura ni pasti akan ada masalah dengan nya kan?



Okey, mula mula kena pastikan dulu kura kura tu jenis dia apa.. Kalau kat kepala dia tu berwarna merah, ianya jenis red ear slider.. Spesies ni spesies kura kura air.. Senang je nk tentukan jantina diorang ni.. First sekali, tengok ekor dia.. Kura-kura jantan lagi panjang dan tebal ekornya berbanding kura-kura betina.. Kura-kura jantan mengeluarkaan bunyi garau manakala kura-kura betina menghasilkan bunyi berdesir.. Kebiasaannya, saiz jantan lebih besar dari betina.. 

Okey, lepas tu, kena lah tau macam mana plak nak jaga? hmm, senang je..
Mari tengok!!

1) Sediakan ruang yang selesa kepada kura-kura dengan sedikit air dan batu kecil/pasir. Sebab kura-kura ni suka berjemur.

2) Mencuci air kura-kura sekurang-kurangnya 2 hari sekali. 

3) Luangkan 1 kali seminggu dengan mengosok2 lembut cengkerang kura-kura.(kadang2 aku guna berus gigi lama je gosok cengkerang dia sebab kadang2 cengkerang dia tu mcm berlumut je)

4) Selalu jemur diorang ni bawah cahaya matahari or kalau orang jemur bawah lampu khas diorang pun dikira okey je

5) Bagi makan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Makanan kura kura ni boleh didapati di kedai2 ikan or kedai haiwan yang berdekatan.

Jenis jenis makanan yang boleh diberi pada kura kura
1) Sayur.. cth kubis, kangkung, lobak
2) Buah.. cth papaya, epal, mangga ( yg lembut2 tu blh lh bgi)
3) Pelet.. makanan dia ni baik utk kura kura.. kira mcm makanan tmbhn lh.. 

Okey! Sampai sini jelah tips2 saya.. Semoga berjaya! :)




Cinta

Mari Tengok Rupa Cemburu Anda..

SOALAN:
Pada suatu malam, anda ternampak jiran, datuk dan cucunya berada di laman rumahnya. Diorang menyalakan manis, pada pendapat anda, mereka itu ingin menghidupkan apa?

A. Lingkaran ubat nyamuk
B. Bunga api
C. Lilin
D. Unggun api

ANALISIS

A. Jenis yang menyembunyikan cemburu di dalam hati. Sebenarnya anda sangat cemburu apabila melihat pasangan anda bermesra dengan orang lain. Namun, anda berpura pura seperti tidak kisah. Lama kelamaan pasangan anda menganggap anda tidak mengambil berat dan cinta lagi kepadanya. Jadi, anda harus cemburu
tepat pada masanya.

B. Jenis yang beremosi. Apabila anda rasa cemburu anda akan menunjukkanya. Selepas dipujuk cemburu anda akan reda.Selalunya  anda sendiri yg curiga dan suka buat analisis sendiri kemudian mengamuk tnpa siasat terlebih dahulu.Pasangan anda psti akan rasa jemu dgan sikap anda yang sering mengesyaki.

C. Jenis org yg tk mengamuk sesuka hati atau bergaduh dgan pasangan.Tetapi anda memilah untuk menyimpan cemburu didalam hati.Lama kelamaan cemburu itu jai bukit dan semakin banyak ketidak puas hatiaan bila begaduh anda baru mengunkit apa saja yang anda simpan selama ini.

D. Jenis yang lemah lembut dan cemburunya terkawal. Apabila di hadapan orang ramai cemburunya disembunyikan tapi bila berduaan akan meletup bahang cemburu. Bukan senang nak redakan kemarahan anda. Anda bukan seorang yang akan berdamai selepas dipujuk. Malah akan mengistiharkan peperangan pada pasangan anda.